Aktiviti

Memahami Tarbiyah bersama SAMSMEL

BANGI, 8 April – KRIM sebagai salah satu agensi ISMA bertekad untuk melahirkan lebih ramai pejuang-pejuang Islam daripada kalangan belia dan remaja Malaysia seperti zaman awal para sahabat Nabi yang bertindak sebagai tulang belakang dakwah Islam.

Begitu tegas saudara Syafiq Syahmi Sazali ketika sesi memperkenalkan agenda KRIM dan ISMA kepada pelajar-pelajar SAMSMEL pagi tadi.

“ISMA adalah satu NGO Islam yang berperanan untuk menyatupadukan umat Islam di Malaysia yang berpecah belah kerana isu politik dan perkara-perkara cabang seperti solat sunat tarawih berapa rakaat dan sebagainya.

“Hanya ISMA yang melihat dan bimbang dengan cabaran-cabaran yang lebih besar yang sedang melanda umat Islam di Malaysia seperti cubaan China untuk meluaskan kuasa ekonominya di Forest City, Johor, kerapuhan akhlak remaja-remaja yang melahirkan anak luar nikah saban tahun sehingga mencecah setengah juta dan sebagainya.”

Selain itu terdapat juga slot tentang Ini Sejarah Kita dan Kepentingan Tarbiah yang menampilkan Ustaz Bilal Jailani dan Ustazah Mahfudzah Zulemly.

Ust. Bilal Jailani
Ustaz Bilal

Ustazah Mahfudzah menjelaskan bahawa tarbiah dapat menyelesaikan masalah kelemahan orang Islam zaman ini kerana tarbiah adalah satu proses perubahan seorang muslim untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Ustazah Mahfuzah
Ustazah Mahfuzah

Ia juga adalah satu proses perkembangan potensi seorang muslim untuk menjadikan Islam itu sebagai ad-deen yang sempurna iaitu dengan cara menegakkan Islam sehingga Islam itu menjadi yang tertinggi dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan.

Menurut Ustaz Bilal pula, kelemahan orang Islam sekarang ialah mereka tidak tahu apakah maksud Islam itu sendiri.

“Islam itu mempunyai dua maksud iaitu sejahtera dan penyerahan diri secara mutlak kepada Allah swt, tetapi dalam konteks akidah kita mengambil maksud yang kedua iaitu penyerahan secara menyeluruh kepada Allah swt.”

Program Sehari Bersama Putera Puteri SAMSMEL ini mendapat sambutan yang positif di mana ramai pelajar yang mengisi borang keahlian KRIM selepas program berakhir.

Admin KB

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s