Aktiviti

Menyelami Rasa Kasih di Rumah Ehsan

Dikelilingi keindahan permai desa, Rumah Ehsan yang terletak di Jalan Padang Golf, Kuala Kubu Bharu sememangnya tidak lekang daripada pelawat-pelawat yang prihatin terhadap mereka. Suasana di tempat kediaman aman dan terkawal, dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi dan diurus dengan jadual yang tersusun.

12 April lalu, ahli jawatankuasa Kelab Remaja ISMA (KRIM) Hulu Langat bersama sebilangan pelajar Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar (SAMSMEL) disertai empat guru pengiring membuat lawatan ke pusat jagaan warga emas, Rumah Ehsan.

Pelajar dan guru SAMSMEL
Merakam moment di pintu masuk Rumah Ehsan

Pengurusan Rumah Ehsan berpesan agar pelawat berpada-pada mengambil gambar aktiviti sekeliling pusat tersebut. Jadi, tidak banyak moment yang dapat kami rakam dari dalam rumah tersebut.

Pusat jagaan itu menempatkan golongan berusia 60 tahun ke atas. Sebilangan besar penghuni adalah mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.  Ketika kunjungan itu, pelajar SAMSMEL mengambil inisiatif murni untuk bertanya khabar dan menyuap makanan kepada penghuni rumah. Ada juga yang menyanyi untuk menghiburkan orang tua.

Ketika lawatan hampir ke penghujung, pelajar SAMSMEL tampil untuk membentangkan tugasan yang diberikan. Mereka diberi tugasan menggambarkan perasaan orang tua yang ditinggalkan anak, seterusnya mencari solusi dan memberi contoh bimbingan motivasi untuk menghadapi situasi tersebut.

Pembentangan oleh pelajar SAMSMEL.

Di akhir lawatan ini, pelajar dan pengiring dar SAMSMEL mendapat sedikit sebanyak nilai-nilai murni untuk diterapkan dalam diri dan buat pengajaran kita semua. Hargailah ibu bapa selagi mereka masih bernyawa. Sayangilah ibu bapa walaupun mereka tidak cergas dan tidak berharta seperti orang tua lain. Sayangilah mereka kerana Allah – itulah perkara yang Allah sukai dan ia termasuk dalam perbuatan yang berkeutamaan tinggi.

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil.” (Surah al-Isra’, 17: 24)

Taklimat

Laporan oleh Hafizah Hadani dan Zulfadhli Zaini.
Disunting oleh Syaza Syazwan.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s