Uncategorized

Catatan Kenangan Rehlah Ketam

Suasana di tengah bandar Seremban malam itu agak sederhana. Tak sesibuk biasa. Angin pun agak perlahan. Seolah sudah jam 10.00 malam, sedangkan baru jam lapan setengah.

Seorang pakar perbidanan dan sakit puan baru selesai tugasnya di Hospital Tunku Jaafar Seremban. Hatinya agak gundah kerana peristiwa selepas solat Asar tadi. Ketika menyampaikan tazkirah ringkas selepas solat di surau hospital, salah seorang rakan sejawatnya menyanggah kasar ideanya. “Nak menipu pun agak-agak lah! Dr. Zamri, kami semua ni orang terpelajar. LGBT ni ketentuan Tuhan. ‘Gay moment‘ tak sampai seminit tu benda kecil saja. Takkan iman lemah sangat sampai tergugat?”.

* * * * *

“Encik, teh O kurang manis satu”, Dr. Zamri memesan minuman di sebuah restoran mamak.

“Makan, tuan?” lembut mamak itu berinteraksi.

“Saya mahu tosai garing satu. Itu saja”.

“Wokey”.

Tak sampai seminit, teh O panas sampai di meja Dr. Zamri. “Efisyen betul restoran Mamak ni,” bisik hati kecilnya. “Kalau dia konsisten, pasti Mamak ni boleh buka restoran macam KFC”.

Dr. Zamri melafaz basmalah dan menghirup teh O hangat. Sebaik saja rasa teh O meresapi lidahnya, fikirannya kembali mengimbas kejadian di surau hospital petang tadi.

“Tuan-tuan yang mulia, isu Gay Moment dalam filem terbaharu The Beauty and The Gorilla amat memerlukan tindakan pantas kita. Gay Moment ini akan bertindak menghakis sensitiviti seluruh rakyat Malaysia hingga kegelian kita berkurang dari hari ke hari. Inilah namanya normalisasi. Justeru, marilah kita sama-sama menunjukkan bantahan kita sama ada melalui tulisan atau percakapan. Kita perlu memandu pandangan umum dan memberi percerahan kepada mereka yang keliru”.

Sebaik saja habis perkongsiannya, terus Dr. Jasry memotong lantang. Semua jemaah memandang Dr. Jasry, mendengar bebelannya hingga dia keluar surau dengan muka ketat.

Entah kenapa, tindakan Dr. Jasry itu amat mendukacitakan hati Dr. Zamri. Ceria wajahnya hilang. Hatinya gundah-gulana. Semangat kerjanya pudar hinggalah tamat waktu bertugas.

* * * * *

Tanpa dia sedari, tosai garing sudahpun terhidang. Dr. Zamri ketawa kecil dengan keadaan dirinya. Merajuk sampai tak perasan sajian tosai yang dihantar mamak tadi.

Dengan sederhana, Dr. Zamri menghabiskan hidangannya. Jam sudah menunjukkan 9.30 malam. Dia harus pulang ke rumah.

Tangannya menyeluk RM5 dalam poket kiri sambil menuju meja juruwang.

“Berapa bilnya, Encik?”, kata Dr. Zamri kepada Mamak sekitar usia 30-an itu.

“Tuan makan tosai dan teh O, kan?” balas Mamak itu menginginkan kepastian.

“Ya, itu saja”

“Tak apa, tuan. Tuan tak perlu bayar. Semua percuma!”

“Haa? Kenapa pula? Ada orang dah bayarkan untuk saya ke?”

“Tak, tuan. Saya belanja tuan hari ni”

Ketika Dr. Zamri masih tertanya-tanya, Mamak itu menyambung, “Tuan ingat tak dahulu tuan pernah bawa remaja sekolah menengah ke pantai, tangkap ketam, main bola sepak tepi pantai dan naik motorbot? Saya Hamid, antara pelajar bertuah yang dapat beriadah bersama Dr. Zamri”. Mamak itu mula memanggil Dr. Zamri sesuai dengan profesyen pakar perbidanan dan sakit puan.

“Hamid? Dulu kamu pernah ikut program Kelab Remaja ISMA, ya?”, tanya Dr. Zamri sambil mindanya kuat bekerja mencari bayangan muka Hamid 15 tahun lalu.

“Ya, saya pernah sertai program Kelab Remaja ISMA kelolaan doktor satu ketika dulu. Saya masih ingat dengan jelas doktor menumpangkan saya dari rumah, menaiki van bersama-sama ke pantai, dan doktor juga menumpangkan saya ke rumah semula,” balas Hamid bersemangat.

“Oohhh jadi kamu pernah ikut usrah saya? Maha suci Allah! Tak sangka kamu masih ingat pada saya,” kata Dr. Zamri terharu.

“Dr. Zamri, saya ingin ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana meluang masa dengan anak muda seperti kami, hingga kami terpandu menjadi orang yang berguna. Moga Allah sentiasa merahmati doktor,” kata Hamid.

Itulah Hamid. Rupanya bekas anak usrah Dr. Zamri. Hamid tamat sarjana muda di UIAM dan membuka perniagaan restoran mamak. Mereka berdua berpelukan dan berpisah dengan senyuman gembira.

Dari pertemuan itu, hati Dr. Zamri kembali bercahaya. Hilang terus gelap gundah gulana dek sanggahan kasar Dr. Jasry. Semangatnya kembali kuat. Tanpa disangka, penghibur jiwanya datang dari sebuah restoran mamak yang ada kaitan dengan usaha dakwah kecilnya 15 tahun lalu.

Ketika menghidupkan enjin kereta untuk pulang, telefon pintar menera mesej,

“Dr. Zamri,
Saya mohon maaf atas keterlanjuran saya petang tadi. Saya akui kebenaran kata-kata Dr. Moga Allah memelihara negara ini dari anasir LGBT”- Jasry.

“Subhanallah…!”

*Dedikasi buat seorang seorang doktor yang kukenali. Moga Allah terus mengukuhkan langkahnya di jalan kebenaran.

Nukilan: Bilal Jailani
KRIM Hulu Langat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s