Aktiviti

Disiplin Diri untuk Menunduk Pandangan

PUTRAJAYA, 18 April 2017:- “Keinginan seksual itu umpama harimau lapar yang sedang tidur. Bila harimau bangun, ia akan menerkam. Maka setiap kita perlu menjauhi segala sesuatu yang mengejutkan harimau itu,” ujar Pengarah Kelab Remaja ISMA (KRIM) Hulu Langat, Bilal Jailani kepada 300 orang pelajar Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya.

Beliau berkata demikian di program “Katakan TIDAK Pada Zina” anjuran pihak sekolah sempena Minggu Cinta Rasul 2017. Dalam program itu, pelajar didedahkan tentang bahana seks bebas dari sudut agama dan kesihatan selain beberapa teknik untuk mengelak jerangkap samar zina.

“Benteng pertahanan paling ampuh adalah Ghadul Basor (tabiat menundukkan pandangan). Ghadul Basor murujuk kepada kekuatan menahan diri dari merasa lazat pada ransangan seksual, sama ada gambar lucah (pornografi), remaja comel mahupun orang dewasa yang mencolok mata,” tegas Bilal.

Semasa berlangsungnya ceramah Katakan “Tidak” Pada Zina
Sambutan hangat pelajar Sekolah Sultan Alam Shah

Dalam program ini, pelajar SAS diberi peluang menunjukkan bakat melukis dengan menterjemahkan ekspresi wajah bayi yang marah dan kecewa kerana dibuang dalam tong sampah, bertujuan untuk menguji sensitiviti remaja terhadap isu pembuangan bayi.

Istimewanya, program kali ini menyaksikan pelancaran ‘zine remaja berjudul ‘Takematachi’ yang julung kalinya diterbit oleh KRIM Hulu Langat. Takematachi (asalnya ta-ke-ma-ta-ci) adalah akronim kepada pepatah Melayu “Tak Kenal Maka Tak Cinta”. Pelajar yang mengisi borang keahlian KRIM pada malam itu menerima senaskah komik secara percuma.

Di akhir program, seorang pelajar tingkatan tiga, Ahmad Irfan Syafiq sempat menyumbang karya untuk dimuatkan dalam versi Takematachi seterusnya. Hal ini menjadikan program kali ini benar-benar istimewa. “Pihak KRIM Hulu Langat amat terharu dengan sambutan hangat dari warga SAS. Majulah SAS untuk agama, negara dan dunia!”, ujar Bilal mewakili Krim Hulu Langat.

Nantikan doodle istimewa Saudara Ahmad Irfan dalam Takematachi Isu 002
KRIM di SAS
Ust. Abu Mansor al-Maturidi menyampaikan cenderahati kepada Ust. Bilal.

Suntingan oleh Syaza Syazwan
KRIM Hulu Langat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s