Aktiviti

Ekspedisi Ketam Ribut

XPRESI Circle 2.0
21 – 22 April 2017

Perjalanan Ekspedisi Ketam merupakan cabaran kepada kami sebelum bergerak lagi. Tatkala berkumpul, satu demi satu perkara timbul tetapi tetap berjaya dihadapi dengan tabah dan alhamdullilah, segalanya dipermudahkan. Kami mula bergerak dari Bangi pada jam 12.00 tengah malam. Kami singgah sebentar di RNR Seremban untuk memenuhi permintaan perut kami yang berkeroncong sementara menunggu sebuah lagi kereta yang sepatutnya menyusul dalam ekspedisi ini.

Sesampainya kami di Pantai Port Dickson, hati sangat teruja untuk memulakan aktiviti utama Ekspedisi Ketam ini, tetapi kuasa Allah mendahului segala-galanya. Tatkala laut berombak-ombak, angin meniup kencang dan pohon melambai menurut arah bayu dengan lajunya. Itu petanda Ekspedisi Ketam ini tidak boleh berlangsung. Kami cuba menunggu andai ribut angin akan beransur reda, ternyata itu tidak berlaku sehinggalah hujan pula membasahi pasir di pantai. Tiadalah rezeki kami pada pagi itu untuk menangkap ketam.

Seusai bacaan al-Ma’thurat pagi di salah sebuah surau di situ, kami bergerak kembali di tepi pantai untuk meneruskan program walaupun pada ketika itu hujan masih merenjis dari langit. Semangat kami belum pudar. Berbekalkan sarapan roti gardenia dan omelette, kami mengalas perut di gigi pantai Port Dickson di bawah teduhan payung kanvas.

Muayyasyah diteruskan dengan permainan bola sepak pantai, diikuti dengan tazkirah santai oleh saya. Saya kongsikan dengan mereka berkenaan dengan kehidupan di alam universiti sesekali menyelit kisah ‘pembuat tukul besi dan penjual minyak wangi’. Untuk memastikan survivorship kita di alam universiti, pemilihan kawan adalah amat diutamakan. Akhlak sahabat yang akrab dengan kita mencerminkan akhlak diri kita.

Waktu pada jam menunjukkan sudah tengahari. Menu kali ini adalah BBQ ayam dan sosej ditambah dengan nasi putih. Ringkas bersahaja namun amat menyelerakan.

Dalam perjalan pulang, kami sempat singgah di Cendol Bakar, Port Dickson bagi menyejukkan badan setelah berpanas di tengahari ketika itu. Semoga Ekspidisi Ketam memberi manfaat dan keseronokan buat adik-adik Kelab Remaja ISMA.

This slideshow requires JavaScript.

Wallahualam.

Zulfadhli Zaini,
Pegawai Sains Institut Kanser Negara
Unit Program Umum KRIM DHL

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s