Aktiviti

KEM LEPASAN SPM 2014: BANTU REMAJA BIJAK MEMILIH HALATUJU HIDUP

1506860_647937865247744_127309772_n

BANDAR BARU BANGI, 20 Januari 2014 – Realiti pahit yang terpaksa ditelan oleh mahasiswa pada masa kini adalah salah memilih jurusan ketiak menuntut di institusi pengajian tinggi. Natijahnya, terdapat lambakan graduan yang menganggur lantaran memilih jurusan yang tidak mempunyai pasaran kerjaya. Lebih memburukkan keadaan terdapat segelintir remaja yang tidak mampu menamatkan jurusan yang diambil lantaran tiada timbang tara sebelum menerima tawaran belajar di institusi pengajian tinggi.

kls1

Atas dasar keprihatianan itu. Kelab Remaja ISMA cawangan Hulu Langat menggalas cabaran berat menganjurkan Kem Lepasan SPM 2014 eksklusif untuk remaja lepasan SPM dan STAM sekitar daerah Hulu Langat bertempat di Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi. Program yang membawa tema ‘School’s over!!! What’s next???’ telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 45 orang peserta.

kls 4

Pakej program sehari suntuk ini bermula dengan slot impak tinggi “Halatuju Selepas SPM” yang disampaikan oleh Cikgu Nizam,kaunselor Institut Pendidikan Guru Cawangan Ipoh. Slot beliau telah mendapat komentar positif daripada peserta yang teruja dibimbing memilih halatuju yang tepat selepas SPM dan membuat perancangan kerjaya berdasarkan  kecenderungan diri dan tuntutan maslahat umat.  Selain itu, Kem Lepasan SPM turut membariskan barisan panel hebat yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza. Mereka telah mendedahkan pengalaman survival dunia kampus dan cabaran aktivisme di universiti dalam dan luar negara.

kls 3

Rata-rata peserta dan ibu bapa sangat berpuas hati dengan pengisian program yang berjaya melahirkan remaja yang yakin memilih halatuju selepas SPM bagi memastikan kecemerlangan di dunia dan akhirat.

MARINI HASSIM

Leave a comment