Briged KRIM 3: Kemahiran Komunikasi

Assalamualaikum warahmatullah.

Briged KRIM kembali dalam siri ke-3 dengan bengkel bertajuk Kemahiran Komunikasi. Dengan komunikasi berkesan, kita mampu merapatkan hubungan silaturrahim, dan meningkatkan potensi sebagai seorang muslim yang cemerlang. Kemahiran komunikasi sememangnya penting dalam pembentukan peribadi seseorang.

Acara akan bermula dari 8.30 pagi hingga 2 petang bertempat di Surau Al-Amin, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. Untuk pendaftaran sila hubungi Adi (017-5543671) atau Illiyin (013-2762437).

Tentatif program adalah seperti berikut:

 8.30 Pendaftaran >>9.00 Pembukaan: Kawad Kaki >>9.45 Ice Breaking >>10.15 Tazkirah >>10.30 Minum Pagi >>10.50 modul: Kemahiran Komunikasi >>1.00pm Penutup >>1.15pm Makan tengahari >>1.30 Solat Zohor & bersurai.

Sila datang dengan berpakaian sukan. Kita jumpa di sana!

Briged KRIM 2: Pengucapan Awam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Anda ingin menjadi seorang pembicara yang hebat? Ingin menambah keyakinan dalam penyampaian, lalu mesej dan idea dapat dilontarkan dengan jelas dan berkesan?

Briged KRIM kembali menemui anda Februari ini dengan tajuk kali ini “Pengucapan Awam”. Antara pengisian menarik adalah mengetahui rahsia menjadi pembicara yang hebat, mengasah kelancaran lidah melalui ‘Battle of Tongue’, dan mengetahui bagaimana menggunakan bahasa badan (body language) untuk mengoptimumkan penyampaian anda dalam pengucapan awam.

Program akan bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang, bertempat di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi pada 18 Februari 2012(Sabtu). Yuran adalah RM7.00 sahaja.

Aturcara Program

 

Masa Aktiviti
9.00-9.30 am Perhimpunan

·              Doa 

·              Lagu

·              Ikrar

·              Ucapan Ketua Brigade Kawasan

9.30-10.30am Ice Breaking/ Taaruf
10.30am-1.00pm Modul: Pengucapan Awam & Bengkel
1.00 – 2.00 pm ·         Solat Zuhur

·         Tazkirah

·         Penutup

Sebarang pertanyaan/pendaftaran, sila hubungi saudara Adi Izzat(017-5543671)  atau saudari Adibah (019-4552688).

Ayuh kita jumpa di sana, bakal-bakal pembicara hebat!

Briged KRIM – satu pengenalan

Assalamualaikum warahmatullah

Alhamdulillah, musim persekolahan bagi tahun 2012 telah berjalan hampir sebulan. Kami di pasukan penggerak Kelab Remaja ISMA (KRIM) Daerah Hulu Langat mengucapkan selamat berjuang kepada semua adik-adik semua. Ingatlah, menuntut ilmu itu adalah satu ibadah yang fardhu . Maka ikhlaskan niat, moga keredhaan Allah dan pahala mengiringi bersama usaha adik-adik bagi mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat.
Pada tahun ini, KRIM mengorak selangkah lagi dengan menubuhkan sebuah unit yang dinamakan Briged KRIM, salah satu pakej pembangunan jati diri yang disediakan oleh Kelab Remaja ISMA untuk remaja-remaja muslim yang berumur diantara 13 – 18 tahun. Brigade KRIM menyediakan siri-siri program kepada ahli-ahli Brigade KRIM dalam pelbagai bentuk seperti kawad kaki, seminar, khidmat masyarakat dan sebagainya yang bercirikan perkara-perkara berikut:

PEMBANGUNAN & PENINGKATAN KEMAHIRAN INSANIAH

PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA

AKTIVITI LUAR DAN SUKARELAWAN

PEMBANGUNAN SPIRITUAL DAN KEROHANIAN

Berikut adalah perancangan aktiviti Briged KRIM bagi tahun ini (rajah)
Bagi remaja-remaja terutamanya yang berada di sekitar kawasan Bangi/Hulu Langat, untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh menjadi ahli Brigade dan apa itu Brigade KRIM, mari bersama kami untuk turut hadir ke program Brigade KRIM yang pertama dengan perincian seperti berikut:
Tarikh: 28 Januari 2012 (Sabtu)

Masa: 9.00am – 2:00pm
Tempat: Taman Botani, Putrajaya
Aktiviti: Pengenalan Briged KRIM dan Seminar Belajar Power
Pakaian: Pakaian sukan dan kasut sukan
Bayaran: RM5 sahaja
(Minum pagi dan makan tengahari disediakan)

Hubungi segera sdra Adi Izzat (017-5543671), sdra Talhah(019-3521872) atau sdri Adibah (019-4552688) untuk pendaftaran.
Kita jumpa di sana!!

Kem Lepasan SPM 2011

Kem Lepasan SPM 2011

Alhamdulillah, akhirnya ada di antara kita yang bakal menamatkan zaman persekolahan. Tahniah atas usaha anda sepanjang bergelar pelajar. Moga Allah memberkatinya.

Jadi apa hala tuju selepas ini? Maka KRIM buat kali ke-5 dengan sukacitanya menawarkan  Kem Lepasan SPM bagi memberi beberapa panduan penting dalam merebut peluang-peluang yang bakal tersedia di masa hadapan.

Tarikh: 16 – 18 Disember 2011 >> Tempat: Kem Nur Bukit Unggul >> Yuran: RM100 sahaja

   Aktiviti menarik

Surat & peta

Sila rujuk brosur bagi cara mendaftar. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ust. Hussain (019 6263686) atau Cik Norjana (019 3626294) . Jumpa di sana!

P/S: Selamat menduduki peperiksaan SPM. Moga dipermudahkan Allah :)

Jemputan ke Konvensyen Keluarga Melayu Muslim 2011

Assalamu’alaikum wbt


Anda ingin membina keluarga yang berjaya,

bahagia di dunia dan terjamin di akhirat?

Anda idamkan keluarga penuh sakinah,

mawaddah dan rahmah tapi masih tercari-cari apa resepinya?

Mahukan anak yang soleh lagi cemerlang,

penyejuk mata dan hati ayah bonda?

Apakah agenda keluarga anda?

Bagaimana agaknya keluarga Rasulullah dan para sahabat?

Untuk itu, jomlah kita hadir ke….

KONVENSYEN KELUARGA MELAYU MUSLIM 2011

dengan barisan pembentang kertas kerja yang tersohor dan berpengalaman seperti


Ustaz Abdullah Zaik

Prof. Dr. Sidek Baba

Prof. Dr. Badrulhisham Abdul Aziz

Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin

Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar

Ustazah Norsaleha Mohd Salleh

bersama moderator forum Ustazah Sabariah Salleh

Akan membincangkan

Masalah semasa di kalangan keluarga Melayu Muslim

Agenda dan hala tuju sebuah keluarga Melayu Muslim

Tip-tip melahirkan keluarga yang berjati diri tinggi: Peranan bapa dan pendidikan anak-anak

Paparan keluarga contoh daripada sirah Rasulullah dan para sahabat

Dan lain-lain lagi

Tarikh: 9 Julai 2011 (8AM-5PM)

Tempat: Dewan Auditorium D8, Parcel D, Presint 1, Putra Jaya


Ayuh….jangan lepaskan peluang ini.

Daftarlah diri anda ke KONVENSYEN ini

Yuran hanya RM10

Tempat sangat terhad.

Siapa cepat dia dapat.


Maklumat lanjut hubungi

Pn. Rasyidah Arshad 019-2676704

info@konvensyenkeluarga.net atau layari http://konvensyenkeluarga.net/


Belia Remaja Harapan Generasi

Aku berpaling ke kiri melihat masa kini,

Belia remaja konon cinta mencintai,

Berdua-dua berpasang-pasang ke sana ke mari,

Adat adab agama ada tiada dipeduli,

Padah? Maruah punah? Ah! Apa nak kisah?

Taat maksiat masyarakat tenat sudah,

Ya Tuhan! Ku mencari-cari andai ada di mana-mana,

Belia remaja yang punya kesedaran dalam dirinya.

Aku berpaling ke kanan melihat dalam sinaran,

Ada belia remaja yang punya kesedaran,

Namun kisah kasih adam hawa tetap menyelubungi dirinya,

Bezanya ikhtilat batas pergaulan sentiasa diwaspada,

Banyak juga tazkirah kata hikmah gambar dan komik,

Itu ini situ sini tapi sekadar sekitar cinta islamik,

Oh belia! Oh remaja! Oh inikah hidup mu?

Bahkan bagai belia remaja konon cinta mencintai itu,

Ya Tuhan! Syariat ajaran Mu bukan setakat ini,

Ku ternanti-nanti belia remaja hasil tarbawi.

Ku pandang hadapan ke satu sudut,

Terdengar sorak teriak sahut menyahut,

Allahu akbar! Allahu akbar! Panji Islam diangkat,

Iltizam azam berkobar semangat jihad,

Seruan hijrah dilaung dakwah fi sabilillah,

Agar perintah ditaat munkar dicegah,

Belia remaja ini kasihnya pada Illahi,

Bukan bagai belia remaja konon cinta mencintai,

Belia remaja ini punya kesedaran dalam diri,

Kefahaman fikrah amal islami,

Ditarbiyah fitrahnya dunia di tangan akhirat di hati,

Mereka inilah belia remaja harapan generasi.

Ustaz Amiruddin Hussain
Ahli ISMA DHL

Kem Lepasan SPM- Selangkah Ke Menara Gading

MENARIK!!!kepada adik-adik lepasan SPM, atau adik-adik  anda yang baru menamatkan SPM, masih tidak tahu dan tidak pasti kemana hala tuju selepas SPM? MARI!!, kita ikuti Kem Lepasan SPM… Jangan lepaskan peluang yang berharga ini!!! Rugi x gi… :D , masa-masa lapang  ni apa kata kita try pergi sama-sama nak? JOM??

Nak sertai? berminat? nak tahu?
hubungi :

Saudara Firdaus 0133706087
Saudari Adibah 0194552688

klik pada poster untuk imej yang lebih jelas

Cepat kawan-kawan, saya yakin kalian suka ikhtiarkan sesuatu yang baik untuk perancangan masa depan depan kalian… hum, tarikh tutup pendaftaran 12 Mei 2011… jadi cepat hubungi nombor diatas… jumpa anda di KLS 2011yea!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.